Muat Turun

Surat Siaran Pelaksanaan Program PPDa, Alkohol, Rokok, Inhalan, HlV/AIDS dan Bahan Terlarang Yang Lain di Peringkat Daerah dan Sekolah Bagi Tahun 2017

Surat siaran berkaitan pelaksanaan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), alkohol, rokok, inhalan, HIV/AIDS dan bahan terlarang yang lain di peringkat daerah dan sekolah bagi tahun 2017 telah dikeluarkan dalam usaha berterusan untuk membendung masalah penggunaan bahan terlarang dan aktiviti-aktiviti lain yang menjurus kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid.

Berdasarkan keputusan ujian urin yang dijalankan sepanjang tahun 2016 ke atas 1643 orang murid sekolah menengah, peratusan murid yang dikesan menggunakan dadah adalah kecil iaitu 3.04% berbanding dengan jumlah keseluruhan murid sekolah menengah yang telah diuji di Negeri Sabah.

Namun usaha-usaha pendidikan pencegahan mesti diteruskan supaya mereka sentiasa menerima mesej tentang bahaya penyalahgunaan dadah, alkohol, rokok, inhalan, HIV/Aids dan bahan terlarang yang lain.

Surat Siaran Pelaksanaan Program PPDa, Alkohol, Rokok, Inhalan, HlV/AIDS dan Bahan Terlarang Yang Lain di Peringkat Daerah dan Sekolah Bagi Tahun 2017


Muat Turun SURAT SIARAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH, ALKOHOL, ROKOK, INHALAN, HlV/AIDs DAN BAHAN TERLARANG YANG LAIN DI PERINGKAT DAERAH DAN SEKOLAH BAGI TAHUN 2017

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.